CUTE GIRL



60 SECONDS
Sunday 20 March 2016 | 11:38 | 0 Words
ehem. actually fanfic ni dah lama aku nak post. tapi tak boleh boleh. so, here is it. 60 seconds. 

CHARACTERS :
-KIM MYUNGSOO
-LEE JIEUN(FICTIONAL CHARACTER)

Hitam : waktu sekarang
Biru : masa depan
Myungsoo POV

Hujan mulai reda. Aku menurunkan paying hitam lalu kukibas supaya ia tidak terlalu basah apabila aku menyimpannya. Payung ku lipat,mata memandang kearah deretan kedai di kiri dan kanan.

Tiba-tiba, pandangan ku terhenti,begitu juga dengan langkahku. Terasa,waktu juga berhenti saat aku memandang wajah itu.
Matanya yang bundar,senyumannya yang manis dan rambutnya yang beralun mengikut rentak angin mengetuk pintu hatiku sekaligus membuatkan jantungku berdegup dua kali lebih laju sehinggakan aku boleh mendengarnya di telinga.
Tangan kiri ku naik memegang dada.
Aku melangkah mendekatinya. Matanya yang cantik aku amati.

Aku bagaikan tersedar apbila air terpercik ke mukaku. Waktu berjalan seperti biasa. Dia masuk kedalam cafe. Tanpa aku sedari aku mengikutinya masuk ke dalam cafe. Aku duduk di meja. Pandangan aku asyik ke arahnya.

                                         *       *     *    * 

”Awak,lepas ni masukkan meatball dalam tu..”,arahnya kepadaku ketika kami masak spagetti di rumah ku.

”ok”,jawab ku pendek sambil mengacau kuah tomato itu.

Selepas aku memasukkan meatball,aku melambung lambung spageti yang berada di dalam kuali.

”Awak,elok elok. Nanti tumpah.”,pesannya.

”Takkan tumpah punya..”,kataku sambil melakarkan sebuah senyuman kepadanya.
Dia hanya tergelak.

”aaahh”,katanya sambil menyuakan sesudu spagetti di depan mulutku. Pandangan aku lemparkan ke mukanya seraya aku membuka mulut.
Tanpa menunggu lama dia menyuapku. Aku tersenyum lebar menandakan makanan itu sedap. Kemudian aku menyuapnya. Dia tersenyum gembira.

”mulut awak comot”,tegurku seraya mengelap hujung bibirnya yang terdapat kesan kuah spagetti.

Dia tersenyum lagi dengan perlakuanku.


                                             *        *      *     *

Kami berada di ruang tamu rumahku. Dia baru menghabiskan waktu kerjanya di cafe.
Sedang asyik aku membaca buku kegemaranku,aku memandangnya yang sedang nyenyak tidur berbantalkan pahanku. Terlalu penat barangkali sehingga tertidur.

Meskipun sedang tidur,senyuman yang menambat hatiku itu tidak pernah hilang. Buku ku katup lalu letak di sisi.

Wajahnya aku seluruhi dengan hanya 2 saat. Perlahan lahan tangan kiri mengusap rambutnya yang lembut.

Lembut mencairkan hatiku.


                                            *        *      *        *


Aku tersedar apabila seorang pelayan menegurku.

”Mahu pesan apa encik?”,tanyanya sopan.

”hot chocolate,please.”,jawabku segera. Kemudian dia pergi menuju kearah kaunter dimana perempuan itu berada.

Hatiku terhambat pilu.

                                              *       *      *       *


”awak ni comel lah”,pujiku semasa kami duduk di atas sofa.

”mana ada comel,pandai pandai je awak ni”,balasnya biasa walaupun mukanya dah merah menahan malu.

”haha. Dah malu. Awak tersangat sangat lah comel..”,pujiku sekali lagi sambil membetulkan rambut depannya.

 Muka kami hampir dekat.
”mengarut lah awak ni.”,jawabnya seraya menunjal kepalaku ke sebelah kanan. Dia tergelak.

”sakit lah”,aduku.

”padan muka”,dia tergelak.

 Diikuti dengan aku..

Bahu kirinya ku raih lalu tubuhnya ku peluk..
                     
                                                *        *       *       *

Kami berada di meja makan ditemani dengan dua gelas latte.

”awak,tu cincin apa?”,tanyanya.

Aku memandangnya sekilas kemudian menjatuhkan pandangan ke arah cincin yang berada di jari manis tangan kananku.

“cincin ni dah lama saya simpan dan saya akan hadiahkan lepada orang yang paling saya sayang.”,tuturku sambil cincin itu aku tanggalkan dari jariku.

Dia agak terkejut dengan tindakan ku.
Tangan kirinya ku ambil lalu kusarung cincin itu ke dalam jari mansnya.
Tersenyum dia memandangku.

”gomawo,oppa”,ucapnya sambil mengusap gusap cincin itu.

                                               *        *       *      *  


Dia datang kepada ku sambil menatang dulang yang berisi cawan.
Dia berdiri di sebelahku lalu secawan hot chocolate diletakkan di depanku.

”sila minum encik..”,pelawanya menusuk hatiku.

Sekaligus mengetarkan tangkai hatiku.

Dia menunduk hormat lalu pergi.


                                               *          *        *       *

”Awak lebih pentingkan orang lain dari saya!”,jeritnya tiba tiba.

Hubungan kami agak dingin sejak kebelakangan ini.

”sejak bila?”,tanyaku membela diri.

”awak lebih pentingkan kawan kawan awak dari saya.  Saya jadi macam orang luar bila awak lepak dengan diaorang!”,dia tidak mampu mengawal emosi.

”yang pentingkan diri sekarang awak ke saya? Saya layan kawan kawan saya dengan awak sama sahaja. Tiada yang lebih. Tiada yang kurang!”,dada ku berombak mengawal amarah.

 Nafas ku turun naik.

”sepatutnya saya sebagai girlfriend mendapat perhatian lebih!”

”maaflah,saya bukan jenis orang yang menganggap girlfriend sebagai dewi”,laju sekali aku menuturkan ayat tanpa memikirkan hatinya.

Dia terkejut lalu meluru kearah ku sambil menarik keluar cincin pemberian ku dari jari nya. Tanganku dia capai lalu diletaknya cincin itu didalam telapak tanganku.

”kita putus.”,dengan sekali nafas dia menuturkan ayat peluka setiap hati yang mendengar kepadaku.

Kemudian,dia melangkah pergi dan tinggalkan aku bersama kenangan yang dibina bersama.

Laju muka ku raup. Menyesal? Ya, aku menyesal kerana membiarkan lidah ku mengatakan kata kata pemedih hati itu. Kepala aku tunduk ke bawah. Hatinya telah berjaya aku lukai. Tahniah untuk aku.

                                     
                                        *         *         *        *

Perlahan lahan cincin itu aku tarik keluar dari jari manisku. Hatinya dilanda pilu. Perit sekali. Kemudian cincin aku letakkan di atas meja. Bersebelahan dengan cawan berisi hot chocolate.
Walaupun perit untuk aku lakukan,aku bangun lalu melangkah.
Tidak mahu bersemuka dengan dia.
Mungkin aku sukakan dia tetapi kami tiada jodoh.
Aku tidak mahu dia sakit dan aku sakit pada masa akan datang.
Lebih baik aku yang sakit daripada dia.




Jieun POV


Aku sedari lelaki yang sering merenungku sejak dia berada dalam cafe itu bangun dan pergi.
Aku pandang sekilas ke arah meja yang dia duduki tadi dan aku perasan dia tertinggal sesuatu. Aku segera mengambilnya.

Cincin?

Aku mengejarnya. Bahu kanannya aku pegang..

”encik,encik tertinggal sesuatu”,panggilku.

Dia memusingkan badannya kebelakang.

Aku terkesima.

Matanya berair. Bila bila masa sahaja empangan air matanya itu akan pecah.

Aku menghalakan telapak tanganku yang ada cincin di situ.
Aku fikir dia akan mengambil cincin itu kembali tetapi jangkaanku meleset sama sekali.

Dia memegang tanganku lalu ditutupnya perlahan.


                                           *          *          *          *


Aku sedang berteduh di depan cafe sambil menunggu hujan berhenti. Pandangan ku halakan ke langit yang agak mendung itu. Entah bila akan berhenti hujan yang turun.

Dari ekor mata,ku lihat lelaki berpakaian hitam bersama payung yang sama warna berjalan dalam hujan ke arahku. Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana tertutup dengan payung. Lelaki itu berdiri disebelahku.
Beberapa saat kemudian,payung itu dia turunkan.
Aku memandangnya. Dia juga memandangku.
Kemudian dia tersenyum manis begitu juga dengan matanya. Comel sekali.
2 saat kemudian dia mengerlipkan matanya.

                                            *          *          *           *


”Awak,lepas ni masukkan meatball dalam tu..”,arahku kepadanya ketika kami masak spagetti di rumah dia.

”ok”,jawabnya pendek sambil mengacau kuah tomato itu.

Selepas dia memasukkan meatball,dia melambung lambung spageti yang berada di dalam kuali.
”Awak,elok elok. Nanti tumpah.”,pesanku kepadanya.

”Takkan tumpah punya..”,katanya yakin sambil melakarkan sebuah senyuman kepadaaku.

Aku  hanya tergelak.

”aaahh”,kataku sambil menyuakan sesudu spagetti di depan mulutnya. Dia memandang  mukaku seraya laju membuka mulut.

Tanpa menunggu lama aku menyuapnya. Dia  tersenyum lebar menandakan makanan itu sedap. Kemudian dia menyuapku. Aku  tersenyum gembira.

”mulut awak comot”,tegurnya seraya mengelap hujung bibirku yang terdapat kesan kuah spagetti. Aku hanya tersenyum lagi dengan perlakuan dia.


                                             *        *      *     *

Kami berada di ruang tamu rumahnya. Aku baru menghabiskan waktu berkerja di cafe.
Sedang asyik dia membaca buku kegemarannya,dia memandangku yang sedang nyenyak tidur berbantalkan pahanya.
Aku terlalu penat barangkali sehingga tertidur.
Buku dia katup lalu letak di sisi.
Wajahku dia seluruhi dengan hanya 2 saat.
Perlahan lahan tangan kirinya lembut mengusap rambutku.


                                              *       *      *       *


”awak ni comel lah”,pujinya semasa kami duduk di atas sofa.

”mana ada comel,pandai pandai je awak ni”,balasku biasa walaupun terasa muka panas menahan malu.

”haha. Dah malu. Awak tersangat sangat lah comel..”,pujinya sekali lagi sambil membetulkan rambut depanku.

Muka kami hampir dekat.

”mengarut lah awak ni.”,jawabku seraya menunjal kepalanya ke sebelah kanan. Aku tergelak.

”sakit lah”,dia mengadu kesakitan.

”padan muka”,aku tergelak.
Dia juga turut tergelak
Bahu kiriku dia raih lalu tubuhku dia peluk.
                     
                                                *        *       *       *

Kami berada di meja makan ditemani dengan dua gelas latte.

”awak,tu cincin apa?”,tanyaku mahu mengambil tahu.

Dia memandangku sekilas kemudian menjatuhkan pandangannya ke arah cincin yang berada di jari manis tangan kanannya.

“cincin ni dah lama saya simpan dan saya akan hadiahkan lepada orang yang paling saya sayang.”,tuturnya sambil cincin itu dia tanggalkan dari jarinya.

Aku agak terkejut dengan tindakan dia itu.
Tangan kiriku dia ambil lalu disarung cincin itu ke dalam jari manisku.
Tersenyum aku memandangnya.

”gomawo,oppa”,ucapku sambil mengusap cincin tersebut.

                                                *           *          *          *

”saya sayangkan awak sangat sangat..”,katanya lalu dicium lembut bibirku. Hangat apbila bibir itu menyentuh permukaan bibirku.


                                                   *         *           *         *

”Awak lebih pentingkan orang lain dari saya!”,jeritku.

Hubungan kami agak dingin sejak kebelakangan ini.

”sejak bila?”,tanyanya membela diri.

”awak lebih pentingkan kawan kawan awak dari saya.  Saya jadi macam orang luar bila awak lepak dengan diaorang!”,aku tidak mampu mengawal emosi.

”yang pentingkan diri sekarang awak ke saya? Saya layan kawan kawan saya dengan awak sama sahaja. Tiada yang lebih. Tiada yang kurang!”,aku lihat dadanya berombak mengawal amarah.

 Nafasnya turun naik.

”sepatutnya saya sebagai girlfriend mendapat perhatian lebih!”

”maaflah,saya bukan jenis orang yang menganggap girlfriend sebagai dewi”,laju sekali dia menuturkan ayat tanpa memikirkan hatiku.

 Hatiku sakit.

Sakit sekali.

Aku meluru kearahnya sambil menarik keluar cincin pemberiannya dari jariku. Tangannya aku capai lalu aku letakkan cincin itu didalam telapak tangannya.

”kita putus.”,dengan sekali nafas aku menuturkan ayat peluka setiap hati yang mendengar kepadanya.

Kemudian,aku melangkah pergi dan tinggalkan dia bersama kenangan yang dibina bersama.

                                              *         *         *           *


Pap! Bagai baru tersedar dari mimpi aku memandang wajahnya. Perlahan lahan dia menarik tangannya dari tangan ku..
Hatiku diserbu pilu.
Entah kenapa sakit melihat dia,orang yang langsung tidak pernah aku kenal pergi meninggalkan aku..


                                              *            *          *         *

”nak berkongsi payung dengan saya?”,pelawanya.

Aku yang terpesona dengan senyumannya segera menganguk.
”boleh juga”

”silakan..”ajaknya.

Aku masuk ke bawah payungnya kemudian kami keluar dari tempat berteduh dan berjalan dalam hujan..

”saya Myungsoo”,dia memperkenalkan diri.

”saya Jieun”,lambat lambat aku mambalas..

                                               *        *        *         *


Air mata yang cuba ku bendung akhirnya tumpah juga. Aku melihat dia pergi. Semakin jauh.
Hatiku sakit.
Erat cincin ku gengam dan air mataku melimpah lagi.
Bagai tiada henti..


THE END
i miss you..
| 11:28 | 0 Words
Tiba tiba rasa malam ni nak update blog. Dah lama tak update. Tkde cerita kan. buat apa nak update. Aku update ni pun sebab rasa bosan yang teramat. Patutnya study wehh. duh. study week kot. heol. Esok ah baru start study. Apa nak jadi doh. haha.

Untuk semua yang fikir aku kuat.. dan untuk diri aku jugak.. aku fikir aku kuat. tapi, sebenarnya aku tak. aku sebenarnya tak kuat yang macam aku sangka. pemergian arwah ain betul betul buat aku jatuh. betul betul buat aku jatuh. buat aku hilang fokus. buat aku hilang tujuan. buat aku macam atas awang awangan. buat aku hilang selera makan aku. roomate aku pun dah risau tengok aku macam tu. pada umur aku 20 tahun, aku hilang kawan baik aku. aku hilang my other side kat lendu.  aku hilang salah satu semangat aku. padahal baru je 1 setengah tahun kenal tapi, she is my everything. kami saling contact each other everytime. dari minggu orientasi lagi kami dah kenal. aku tukar kelas sebab nak sekelas dengan dia. tak kisah apa yang ex classmate aku lain nak cakap pasal aku. 


aku rindu suara dia. aku rindu nak dengar bebelan dia. aku rindu nak dengar gelak tawa dia. aku rindu nak ber'fangirl'ing dengan dia. aku rindu nak lepak dengan dia. aku rindu nak dengar dia panggil aku 'mommy'. aku rindu tangan dia yang selalu geletek aku kat leher. aku rindu nak selfie dengan dia. aku rindu nak whatsapp dengan dia. aku tak pernah terfikir nak record video dengan dia sebab aku rasa kami akan jumpa setiap hari hari. but, now i regret it. tak jumpa sabtu ahad pun dah rindu, apatah lagi aku takkan jumpa dia lagi sampai bila bila.. i miss her so much. no word can describe how much i miss her.


sepanjang setahun setengah ni, so much memories i created with her. aku belajar braid rambut sebab dia.. masa aku cerita aku buat fanfict, dia cakap dia nak baca. aku dah bawak buku tu ke kolej, just tak sempat nak bagi dia baca. banyak benda aku tak sempat nak buat untuk dia. nak bagi rasa spagetti bolognese yang aku masak. nak curlkan rambut dia. nak tidur kat bilik dia. nak dinner dengan dia only. 


masa dia tidur kat bilik aku 3 weeks before she pass away.. dia ajak aku makan kat bentara dengan bf dia, tapi masa tu aku dah beli makanan. so, aku tunggu kat bilik je lah. sebab dia lama sangat kat bentara dan untuk memujuk aku, dia belikan aku ice cream milo and kami makan kat tangga kolej menghadap kolej lelaki. main bedal je padahal waktu tu aku pakai kain batik je kot. haha. kiteorang berborak kat situ agak lama sambil makan ice cream sebelum masuk bilik aku. masuk je bilik, kiteorang fangirling. oh yeah. lepas tu.. movie time! mesti la tengok cerita hantu.. terjerit sama sama. aku lupa cerita apa. sambil tengok movie tu, sambil tu aku jugak aku braid rambut dia. haha.


that night. lepas tengok movie. letak 2 tilam kat bawah dan kiteorang tidur sama sama. i really miss that moment. for the first and last time aku dapat tidur sebilik dan bersebelahan dengan dia. kiteorang terus borak sampai 3 pagi. esoknya, aku masak untuk dia. for the first n last time jugak. aku masak nasi goreng dan dia kata sedap. 


kami dah janji sem depan nak duduk sebilik. dia suruh aku pindah ke kolej dia surat mohon duduk sebilik pun aku dah start karang.. tapi, benda tu takkan jadi realiti sekarang.. dia dah takde. tapi, aku cadang nak duduk kolej dia. sebab dah janji kan.. tapi, sebilik dengan orang lain la.. bila nak lawat nia kat bilik dia haritu, aku singgah dulu bilik ain. aku ketuk pintu dan ada orang bukak tapi bukan roomate dia, kawan roomate dia yang aku tak beberapa rapat. bila dia bukak pintu, benda first aku nampak is katil dia.  i just stand there. in front of her room. nak melangkah masuk tapi kaki aku tak benarkan. mata aku mula berair. kawan roomate dia tegur.. "nak masuk?". aku jawab, "tak tak. saje je singgah. nak pergi bilik kawan." dan aku terus pergi. pergi ke bilik nia di tingkat 3. 


thanks to nia, ning, min.. yang always support dan teman aku kat lendu lagi lagi bila ain dah takde dan tak lupa gak thanks to lydia, amiey, linda dan khai yang support aku dari jauh... i love you guys so much. 





-Past-