CUTE GIRL



1 MAY. HARI PEKERJA.
Thursday, 1 May 2014 | 11:09 | 0 Words
HAHA. HELLO. ASSALAMUALAIKUM. WOI JAWAB AH SALAM AKU. TAK JAWAB, DOSA...
haha. hari ni aku cuti seperti yang dinyatakan semalam. arh.. camne nak terangkan.. semalam, aku bagitahu pada 1 may pukul 2 lebih. sekarang, 2 may 1.40am.. pandai ah korang fahamkan. keke. 

semalam aku terlebih emosional. biasalah perempuan. dengar lagu sedih plus tengah sorang2. adik aku tidur ngan ibu aku. ayah aku balik jelebu. aku golek golek seorang diri atas katil sekarang ni. hah? bukan dalam gelap.. lampu aku bukak. bila aku nak tidur, baru aku tutup. keke. 

ingat tak aku ada bagitahu yang aku ajak ibu aku jalan jalan hari ni. practice drive.. haha. ibu aku tak bawak pun. keke. kan betul tekaan aku. aku ni cuti bukannya selalu. lepas ni aku dah sambung form 6. memang takde maknalah aku nak bawak kereta tuh. macam tak guna je aku dapat lesen.. lesen aku tuh just macam hiasan. HIASAN. aigoo.

nanti, lama2 aku dah lupa bawak kereta. lesen aku pun mati.. aku pun dah tak bawak kereta sampailah aku kerja nanti.. bhahahaha. lama lagi tuh. tu pun kalau aku bawak kereta pergi kerja.. kalau naik bas.. tak tahu lah nak cakap apa.. aish. mula lah air mata nak keluar. tak. tak boleh. kau tak boleh keluar hari ni faham? 

kerja aku cuti nih. aku asyik makan! keke. bangun pagi, makan nasi. pastu, makan biskut. makan aiskrim. makan nasi. makan chocolate. makan bubur. makan keropok. makan nasi. makan nasi. makan jagung. memang takde kerja lain selain makan aku hari nih. cuti beb. tu je ah yang aku mahu buat. sambil bermalas malasan. tengok tv. main tab. main lappy. mesti berat aku makin naik. bengong betul.

semalam.. maksud aku malam sebelum aku cuti.. aku request barang. banyak kot. macam mana lah. staff 3 orang nak handle.. patah agaknya tulang belakang. dah tuh. hari khamis, memang hari stok baru sampai. banyak woo kotak.. mati mati. dalam department kiteorang ada 6 orang.. supervisor 'kak N', kak hapiza, murney, aku, kanita n hisyam. 2 nama terakhir tuh baru masuk. so, aku n kak N cuti.. kak hapiza dah berhenti semalam aka 30april.. so, hari ni aka 1 may.. ada 3 orang je dalam department.. pandai pandai lah dorang handle.. masing masing dah besar. 

besok aku masuk kerja pukul 1pm. boleh ah bangun lambat sikit. aish. pemalas betul kau ni najwa. ya, memang. aku memang pemalas.. yang broadband tiba2 hijau ni apahal.. pastu, ada pulak error tak boleh nak save or publish post aku nih.. tak suka betul.. beruk band betul lah. dah lama aku mintak masuk wifi.. tak masuk2 gak. pastu, bila si beruk band ni lambat pandai pulak nak marah marah. wahai beruk band silalah berwarna biru semula.. saya nak update blog nih.. 

ok lah. nak tengok nasib. kalau nampak post ni ada. line ok. kalau xde. memang xde lah.. apalah yang aku merepek ni??? 

bye2. annyeong. good night.

-Past- | -New-