SAJE NAK INFORM
Monday, 11 August 2014 | 04:03 | 0 Words
hey guys. assalamualaikum. mungkin dalam bbrapa hari ni aku tak on whatsup or wechat. mobile data dah habis. hehe. so, nak minta rm30 kat ibu aku macam agak payah sekarang ni. lagi2, lepas raya kewangan family aku ada merudum sikit. so, kene jimat. aku lebih suka ibu aku kerja sebenarnya. even, aku tak dapat kasih sayang yang secukupnya.. hidup aku agak senang. bila aku minta benda, hampir kesemuanya ibu aku kasi. sebelum ni, ibu aku yang tanggung belanja family. ayah aku just support belanja sekolah. sekarang, ayah aku yang tanggung semuanya. tapi, TAK CUKUP. ayah aku just wader penjara. dah lah ulang alik jelebu-rembau.tapi, aku tak dapat lupakan hidup aku kat seremban. aku happy duduk seremban. hidup aku macam kebaratan "sedikit", moden, cepat. makanan pun aku lebih suka masak dan makan makanan western. cerita pun aku lebih suka tengok cerita barat. mana pernah aku tengok drama melayu. melainkan ada Fahrin Ahmad. tapi, now aku duduk rembau.. aku kawan dengan budak budak kampung. kadang kadang benda yang aku rasa asas, lagi lagi melibatkan komputer dan teknologi, dorang tak tahu. aku macam.. entahlah. aku tak tahu nak cakap apa.
masa duduk seremban, hampir setiap hari aku akan keluar lepak ngan korang. tapi, kat sini aku keluar just untuk ambik baju kat ampaian. aku ada kawan kat sekolah je. dekat rumah aku takde kawan. adik aku takleh harap. dia rapat ngan aku bila dia nak aku tolong homework dia je. aku ingatkan bila aku pindah. aku akan dapat bilik sendiri. tapi, itu semua mimpi. adik aku tak berani tidur sorang. bilik tidur aku pun bukan macam bilik tidur pun. selalunya kalau rumah kampung kan ada bilik bawah.. bilik bawah tu takde pintu. jadi, hanya tutup dengan langsir. tu pun separuh je. barang aku yang ada dalam bilik ni pun hanya katil. meja belajar dan almari baju dekat tingkat atas. atas memang ada bilik kosong. tapi, jarang naik. aku akan tidur situ bila ada saudara mara datang rumah je..
bilik bawah ni tak dapat nak letak meja belajar aku. meja belajar aku takde lah besar mana. so, sekarang aku belajar kat meja belajar. takde privasi langsung. belakang aku dalam 3 meter ada tv. OMG. ibu aku rancang nak tambah bilik. memang aku setuju sangat. aku akan duduk bilik tuh dan hias bilik tuh macam mana yang aku nak. aku harap, hujung tahun nih ibu aku boleh lah mulakan rancangan dia tuh. tahun depan aku dah masuk semester 2 & 3. plus, ibu aku nak bawak adik sedara aku duduk dengan kiteorang. memang aku takde privasi lah kan nanti. sakit jantung aku walaupun aku hanya memikirkannya. reason ibu aku nak bawak adik sedara duduk dengan kiteorang tuh RAHSIA. tak leh bagitahu.
aku nak duduk dalam bilik aku yang dulu. even kecik, tapi, aku happy. dulu, masa kat seremban.. jarang orang or tetamu datang rumah. yang datang hanya korang. tapi, kat kampung hampir setiap hari orang/jiran datang rumah. memanglah ibu aku suka. tapi, aku tak suka. aku rasa bila aku duduk kampung aku privasi. aku rasa aku still tak dapat nak 'title'kan rumah kampung ni sebagai rumah aku. bila aku pergi seremban. aku tak gunakan istilah 'Pergi', aku gunakan istilah 'BALIK'.
dekat sini, aku takleh keluar sesuka hati. kalau nak keluar mesti naik kereta. aku nak keluar sorang sorang, tapi, ibu aku still tak bagi aku bawak sorang sorang. aku dah lama tak nangis. kalau nangis pun sebab tengok drama korea. aku taknak nangis. nanti orang fikir aku lemah. aku taknak. aku nak orang tengok sebagai kuat, tabah, berani.
k lah. sampai di sini sahaja. assalamualaikum.