CUTE GIRL



sambungan entry sebelum ni.
Saturday, 10 January 2015 | 09:57 | 0 Words
hello.
assalamualaikum.

aku rasa tiba tiba nak update pulak sebelum balik sana. aku rasa bila dah sampai sana, aku memang takkan sempat nak update blog semua. kecuali memang betul betul ada masa terluang dan ada mood nak update. kadang2 bila ada masa terluang pun, aku dah habiskan kat tengok drama korea je. hahaha. 

rasanya aku nak tambah sikit daripada entry aku yang sebelum ni. lupa nak beritahu pasal bilik. haha. kolej ada 4 tingkat. ground, level 1, level 2, level 3. setiap level ada 40 bilik. setiap bilik didiami oleh 2 atau 3 pelajar. senior je yang dapat duduk 2 orang sebilik. tapi, ada je bilik yang kosong. setiap bilik ada 1 katil single dan 1 katil double dacker. aku dapat katil single sebab aku cepat sampai. haha. setiap orang dapat meja dan almari setiap seorang. elektik soket hanya ada 4. so, pandai2 kongsi lah. wire extension tidak dibenarkan sama sekali. barang elektrik pun pandai2 kongsi. melainkan kau tu anak orang kaya nak bawak semua barang elektrik. sebab, satu barang elektrik yang dibawa harus dibayar rm10 utk 1 sem kepada pihak pengurusan kolej. 

nak diceritakan, kepada sesiapa yang dapat kolej tun hamzah. beware. jangan kau nak tayang body pulak kat dalam bilik tu tanpa tutup langsir. atas tu ada kolej lelaki senior. ingat dorang tak nampak apa yang kau buat?? dengar kata dorang rakam video pakai binocular.. hambek kau. hahaha. ingat tau? jangan main2. dah pernah ada kes. 

urm. nak cerita apa lagi? 

kat sini, kena ada stamina yang kuat. kalau kau lembik macam cekodok basi, dinasihatkan fitnesskan badan dulu sebelum masuk. lagi2 mana yang dapat mascoom tu. sesak nafas lah kau nak menghadap bukit tinggi tu hari hari. hahahahaha. aku banking. takde kena mengena dengan bukit tinggi tu.

aku rasa sampai sini sahaja. malam sudah menutup tirainya.. aku je belum tutup mata. esok dah nak balik lendu dah. tak sabar nak hias bilik. apalah khabar bilik aku tu. entah berhabuk ke. berkepam ke. ada sarang labah labah ke. 

k lah. bye2. see you soon. annyeong!



-Past- | -New-